Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Meutya Hafid berkata kerajaan menetapkan lima keutamaan utama dalam strategi kebangsaan bagi penggunaan kecerdasan buatan (AI) iaitu perkhidmatan kesihatan, reformasi birokrasi, pendidikan bakat, pembangunan bandar pintar dan jaminan makanan. Foto: Envato

Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 22 Dis: Menteri Komunikasi dan Digital, Meutya Hafid berkata kerajaan menetapkan lima keutamaan utama dalam strategi kebangsaan bagi penggunaan kecerdasan buatan (AI) iaitu perkhidmatan kesihatan, reformasi birokrasi, pendidikan bakat, pembangunan bandar pintar dan jaminan makanan, lapor Agensi Berita Indonesia (Antara).

Mengenai perkhidmatan kesihatan, menteri tersebut memaklumkan Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.

“Teknologi ini memudahkan pengesanan awal penyakit dan memperkemas pengurusan hospital,” jelasnya dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pejabatnya pada Ahad.

Beliau turut menerangkan bahawa model ramalan, pencegahan, penyertaan dan peribadi (4P) boleh digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi.

Selain itu, Hafid menekankan yang AI menjadi pemangkin penting bagi reformasi birokrasi dengan mendakwa agensi kerajaan berjaya melaksanakan pemprosesan data berasaskan AI, yang mengurangkan masa dan kos operasi.

Beliau berkata tahun hadapan, kerajaan akan melancarkan Sistem Pemerintahan Berasaskan Elektronik (SPBE) untuk menyediakan perkhidmatan bersepadu merentasi semua kementerian.

Dalam bidang pendidikan bakat, menteri itu berkata AI boleh disesuaikan dengan keperluan pembelajaran individu.

Pelaksanaan metodologi pembelajaran kendiri dan penyediaan bahan latihan dalam talian menawarkan akses fleksibel kepada sumber pendidikan untuk peserta, katanya.

Beliau juga menekankan yang integrasi dan pengurusan trafik data berkuasa AI adalah penting untuk pembangunan mobiliti bandar pintar yang berjaya.

“Kami telah bekerjasama secara aktif dengan Institut Teknologi Bandung (ITB) dalam usaha pembangunan bandar pintar. ITB menjalankan penilaian menyeluruh dan analisis mendalam terhadap bandar-bandar yang berjaya melaksanakan perkhidmatan berasaskan digital,” katanya.

Menteri itu turut menekankan peranan AI dalam mencapai keterjaminan makanan dengan mengoptimumkan produktiviti tanaman makanan dan menguruskan tanah pertanian secara berkesan.

Teknologi berasaskan AI dalam sektor ini boleh dimanfaatkan untuk ramalan cuaca dan iklim yang tepat, serta untuk unjuran rantaian bekalan makanan dan logistik.

“Kami mengakui yang AI mempunyai implikasi yang luas merentasi semua sektor. Namun, kami secara strategik memutuskan untuk memberi keutamaan dan fokus kepada pembangunan beberapa bidang utama, termasuk yang berkaitan secara langsung dengan keselamatan pemakanan negara,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan