Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertumbuhan KNDK 2024 melebihi unjuran asal Belanjawan 2024 menunjukkan asas ekonomi negara kekal mampan.Foto, TVS.

Kehangatan Krismas kian terasa, pusat beli-belah jadi tumpuan

SIBU, 22 Dis: Kehangatan sambutan Krismas kian terasa walaupun masih berbaki beberapa hari lagi untuk masyarakat Kristian menyambutnya.

Tinjaun TVS mendapati pusat beli-belah di Sibu sesak dengan orang ramai yang meluangkan masa hujung minggu membuat persiapan akhir dengan membeli belah barang keperluan sambutan Krismas.

Seorang suri rumah, Jennifer Christopher, 40 berkata, persiapan Krismas beliau ala kadar sahaja dan hari ini dia bersama-sama  anak keluar untuk mencari pakaian.

“Persiapan setakat ini dalam 70 peratus. Mungkin esok atau lusa baru beli barang basah untuk dimasak terus pada malam 24 Disember kerana malam tu ada aktiviti keagamaan kami.

“Krismas tahun ni saya rasa teruja sebab sambut di Sibu bersama keluarga besar kerana sebelum ni saya menetap di Pahang bersama suami saya seorang askar.

“Sebelum ni memang sambut Krismas di sana sahaja, sekarang kami dah kembali tinggal di Sibu semula dan terus menetap di sini,” katanya.

Sementara itu, Saloma, 49, juga seorang suri rumah berkata dia bersama keluarga memanfaatkan masa hujung minggu untuk membeli barang persiapan Krismas di Sibu.

“Saya bersama keluarga tiba dari Kapit, baru nak mula beli belah hari ni, beli barang sikit-sikit.

“Tahun ni memang teruja nak sambut Krismas di Kapit sebab dapat berkumpul dan meraikan bersama keluarga lebih-lebih lagi anak-anak pun dapat balik cuti,” katanya.

Manakala bagi seorang penjawat awam, Inggit Barau, 54, dari Bintangor juga bersama keluarga meluangkan cuti hujung minggu dengan membeli belah di Sibu untuk persiapan Krismas.

“Persiapan macam biasa, tak ada banyak perubahan. Cuma sambutan Krismas tahun ini lebih bermakna kerana kenaikan gaji penjawat awam yang kami terima dibawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), saya rasa gembira lah.

“Setakat ni persiapan dah mencapai 70 peratus lagipun tinggal berapa hari sahaja lagi nak Krismas. Saya berharap perayaan Krismas ni dapat mengeratkan lebih lagi perpaduan antara kaum kita di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan