Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak muncul juara dengan kemenangan 2-1 ke atas KWSP dalam aksi final Karnival Futsal Antara Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun

JKR Sarawak juara Karnival Futsal Antara Jabatan Kerajaan KSRJPS 2024

ByShafik Ahmad

KUCHING, 22 Dis: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak muncul juara dengan kemenangan 2-1 ke atas KWSP dalam aksi final Karnival Futsal Antara Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Perangkaan Malaysia Sarawak (KSRJPS) 2024.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan JKR Sarawak membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala, dan medal.

Pertemuan final yang berlangsung di Sentosa Sport Centre itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling memberikan tentangan hebat sehingga wisel penamat.

Sementara itu skuad KWSP terpaksa akur di tempat kedua, menerima hadiah wang tunai RM700 dan medal.

Walaupun gagal membawa pulang trofi utama, pasukan KWSP tetap menunjukkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan.

Di tempat ketiga, BOMBA membuktikan kehebatan mereka dengan menundukkan APM 2-0.

Keputusan tersebut membolehkan BOMBA membawa pulang RM500, manakala APM di tempat keempat menerima hadiah RM300.

Karnival futsal tahunan yang dianjurkan oleh KSRJPS ini bukan hanya sebagai medan untuk memupuk semangat kesukanan, tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara jabatan-jabatan kerajaan dan badan berkanun di seluruh Sarawak.

Menurut penyelaras pertandingan, Mohamad Romze Arbi, kali terakhir dianjurkan adalah pada tahun 2019 akibat pandemik Covid-19

“Ini merupakan acara tradisi untuk KSRJPS setiap tahun. Sokongan dari semua pihak banyak membantu dan memberi semangat kepada kami untuk terus menganjurkan pertandingan ini pada masa akan datang” katanya.-TVS

Tags: futsal, jkr, KWSP

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan