Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab menyampaikan hadiah kepada Leong Kai Kui yang berjaya membawa tunai RM10,000. Foto Iftitah Restaurant & Resort

Ikan sembilang hadiahkan Leong Kai Kui RM10,000

TANJUNG MANIS, 22 Dis: Ikan sembilang seberat tujuh kilogram (kg) membawa tuah kepada Leong Kai Kui selepas menjuarai pertandingan Mesai Akah Umek Iftitah di Pantai Belawai hari ini.

Kai Kui dari Kampung Belawai membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Tempat kedua yang menyediakan hadiah wang tunai RM3,000 disandang Safarudin Jelani yang berjaya mendaratkan ikan pari 3.9 kg.

Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Nazry Hanafi yang menjinakkan pari 3.5 kg dengan hadiah wang tunai RM1,000.

Pada masa yang sama seramai 12 pemenang saguhati masing-masing membawa pulang wang tumai RM100.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Ahli Parlimen Tanjong Manis yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia, Yusuf Abdul Wahab.

Pertandingan yang memasuki edisi kelapan itu secara keseluruhannya menyaksikan penyertaan seramai 302 orang peserta.

Hadir sama Pengurus Iftitah Restaurant And Resort Belawai Ibnee Ekni dan Penghulu Kampung Rajang Abu Seman Masri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan