Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan bangunan perumahan polis Limbang yang agak uzur. Foto: TVS.

Beri perhatian kuarters, perumahan polis di Limbang

LIMBANG,22 Dis: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak memberi perhatian kepada isu kuarters dan bangunan perumahan polis yang daif di Limbang.

Pengerusi CUEPACS Sarawak, Jubilee Jineh berkata, tindakan segera perlu diambil bagi menaik taraf dan memperbaiki perumahan atau berek yang daif.

Menurutnya, isu tersebut perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam memastikan kebajikan anggota dan ahli keluarga mereka sentiasa terjaga.

“Saya ingin membawa perkara (isu kuarters polis daif) untuk pengetahuan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

” Kita telah melawat, memang kita nampak usang dan mohonlah Datuk Hasbi memikirkan bagaimana kita mengatasi masalah tersebut,” katanya pada Majlis Makan Malam Segulai Sejalan Cuepacs Negeri Sarawak di Limbang malam tadi.

Cadangan menaik taraf kediaman polis Limbang pernah disuarakan wakil rakyat di daerah itu untuk dimasukkan dalam Bajet Persekutuan dan Rancangan Malaysia ke-11 terdahulu.

Pada masa ini, keadaan kuarters lama adalah agak usang selain mengalami masalah kebocoran atap sehingga menyebabkan anggota polis tidak selesa tinggal dalam kemudahan tersebut.

Selain kuarters Polis Limbang, rombongan CUEPACS Negeri Sarawak turut mengadakan lawatan ke Jabatan Penyiaran Malaysia Limbang dan Klinik Pergigian Limbang.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Presiden Dua Cuepacs Azman Shah Abdul Rahman dan Pengurus Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Limbang Muhamad Zakwan Yusof. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan