Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

5 cedera dalam runtuhan salji di timur Turkiye

ByBernama

ISTANBUL, 22 Dis: Lima atlet cedera pada Sabtu selepas runtuhan salji melanda sebuah pusat peranginan ski di wilayah timur Erzurum di Turkiye, lapor Xinhua.

Menurut Kementerian Kesihatan, seorang daripada mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Insiden itu berlaku di Palandoken Ski Resort pada 10.22 pagi waktu tempatan (0722 GMT) ketika atlet Pasukan Judo Kebangsaan sedang mendaki di kawasan khusus untuk sukan ekstrem di luar laluan ski, menurut Gabenor Erzurum, Mustafa Ciftci.

Pasukan mencari dan menyelamat bersama unit perubatan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pasukan itu juga telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan di tengah-tengah risiko kemungkinan berlaku runtuhan salji seterusnya, lapor penyiar tempatan NTV. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan