Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

22 maut dalam nahas jalan raya di Brazil

ByBernama

RIO DE JANEIRO, 22 Dis: Sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam kemalangan jalan raya di tenggara Brazil pada Sabtu, menurut jabatan bomba, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku pada awal pagi di kawasan perbandaran Teofilo Otoni dalam negeri Minas Gerais, Brazil.

Menurut pihak berkuasa, pemandu bas dipercayai hilang kawalan selepas tayar kenderaan itu pecah. Bas itu kemudiannya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Sejurus kemudian, sebuah kereta yang berada di belakang bas itu turut merempuhnya. Perlanggaran itu mencetuskan kebakaran yang memusnahkan bas berkenaan.

Jumlah mangsa yang cedera masih belum diketahui. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan