Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Vanuatu sambung semula operasi penerbangan selepas gempa bumi

ByBernama

SUVA, 21 Dis (Bernama-Xinhua) — Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila akan dibuka semula pada Ahad untuk operasi penerbangan komersial selepas ditutup susulan gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang melanda Vanuatu pada Selasa, lapor Xinhua.

Airports Vanuatu Limited, pemilik dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila membuat pengumuman itu pada Sabtu menerusi akaun media sosial rasmi mereka.

Syarikat itu menggesa penumpang yang terkandas di dalam dan luar Vanuatu untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengesahkan butiran perjalanan mereka.

“Jurutera infrastruktur penerbangan bertauliah kami telah selesai melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas semua permukaan landasan lapangan terbang dan mengesahkannya selamat untuk operasi tanpa mengalami sebarang kerosakan akibat gempa bumi baru-baru ini,” menurut Airports Vanuatu.

Gempa bumi dahsyat pada Selasa itu mengakibatkan puluhan kematian dan lebih 200 orang cedera.

Airports Vanuatu turut memaklumkan bahawa ibu negara, Port Vila, masih dalam proses pemulihan daripada bencana berkenaan, dengan gangguan terhadap utiliti, komunikasi dan pelbagai perkhidmatan masih berlaku secara berkala.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan