Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi pada sidang media Majlis Perasmian Tiang Pintar Dewan Bandaraya Kuching Utara di Tebingan Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Tiang pintar tambah keindahan Tebingan Kuching

KUCHING, 21 Dis: Pemasangan tiang pintar oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bukan sekadar untuk memperindahkan Tebingan Kuching tetapi selari dengan aspirasi Sarawak menjadi wilayah pintar.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, selain sebagai elemen penataan cahaya, tiang pintar tersebut menjadi wadah komunikasi dan menyalurkan maklumat diperlukan pengunjung.

“Pada tahun 2023, DBKU dianugerahkan dengan Smart City Adopter, sebagai pengiktirafan atas usaha memulakan inisiatif bandar pintar. Anugerah ini turut disusuli dengan peruntukan khas sebanyak RM200,000 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Peruntukan ini disalurkan kepada DBKU melalui Peruntukan BP.1 oleh KPKT bagi melaksanakan pemasangan lima unit Smart Pole di Tebingan Kuching dan projek ini bermula pada 19 Ogos yang lalu dan siap sepenuhnya pada 18 November,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Smart Pole Dewan Bandaraya Kuching Utara di Tebingan Kuching pada Sabtu.

Menurutnya, dengan persekitaran lebih terang, pengunjung akan lebih peka terhadap laluan dan tapak bersejarah semasa melalui Tebingan Kuching.

Hadir sama Datuk Bandar Kuching Utara Dato Hilmy Othman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan