Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah di Kampung Jerijeh, Tanjung Manis, mengalami kerosakan di bahagian bumbung selepas dihempap pokok tumbang akibat angin kencang pagi tadi.Foto JBPM

Sebuah rumah di Kampung Jerijeh alami kerosakan bumbung akibat angin kencang

TANJUNG MANIS, 21 Dis: Sebuah rumah di Kampung Jerijeh di sini, mengalami kerosakan di bahagian bumbung selepas dihempap pokok tumbang akibat angin kencang pagi tadi.

Komander Operasi, Alban Gayang Lembang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.20 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati empat batang pokok sukun telah tumbang dan menghempap sebuah rumah.Pihak bomba menggunakan PPE lengkap, tiga bilah parang dan seunit gergaji berantai untuk memotong pokok tersebut .

“Pihak bomba turut membersih dahan yang terdapat di atas bumbung rumah sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah selesai pembersihan dan memastikan tiada lagi wujud kemerbahayaan kepada penghuni rumah pihak bomba bertolak balik ke balai, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.05 tengah hari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan