Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awla Dris menyampaikan cenderamata kepada Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS

Pembangunan Anjung Sarawak, Tebingan Simunjan bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak

SIMUNJAN, 21 Dis: Pembangunan Anjung Sarawak dan Tebingan Simunjan yang bakal bermula tahun depan merupakan dua projek pembangunan utama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

Beliau berkata, dua projek tersebut menjadi bukti Kerajaan Sarawak memberi perhatian kepada masyarakat termasuk di luar bandar.

Menurutnya, selain menjadi transformasi kepada landskap pelancongan Simunjan, pembangunan penempatan baharu juga akan dilaksanakan.

“Anjung Sarawak akan dibina pada tahun 2025 di belakang SJK (C) Chung Hua begitu juga projek mega kita yang diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg iaitu Tebingan Simunjan yang juga menyaksikan pembinaannya pada tahun depan.

“Berita gembira kepada penduduk Simunjan yang mana kita telah memohon tanah di belakang Kampung Sagu untuk skim penempatan semula dan ia diluluskan sebulan lalu,” katanya.

Awla berkata demikian dalam ucapan pada Mesyuarat Perwakilan Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, beberapa kawasan di Simunjan turut dibina jalan baharu termasuk beberapa kampung selain jalan dari Hospital Simunjan ke Merunduk.

Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir menyempurnakan majlis penangguhan mesyuarat tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan