Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong Siew Yu dalam upacara penyerahan cek untuk Rhea Moh Ning Xuan di Borneo Medical Centre (BMC), Miri, hari ini. Foto Tasha Jenkins (TVS)

MCCIS terus komited bantu kanak-kanak berdepan masalah pendengaran

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 21 Dis: Kesatuan Implan Koklea Bandar Miri (MCCIS) komited untuk terus membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kongenital.

Timbalan Pengerusi MCCIS, Dr. Jack Wong Siew Yu berkata, sejak ditubuhkan pada 2024, MCCIS berperanan penting dalam memastikan kanak-kanak berdepan masalah pendengaran mendapat akses kepada rawatan perubatan bagi memberikan masa depan lebih cerah kepada mereka.

“MCCIS adalah organisasi yang diasaskan dengan misi mulia untuk mengumpul dana bagi menampung kos implan koklea untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kongenital. Masalah ini, jika tidak dikesan awal, boleh mengganggu perkembangan pertuturan dan bahasa mereka,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Hospital Miri berkata demikian ketika berucap mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada Sidang Media Dana Bantuan Perubatan Untuk Rhea Moh Ning Xuan di Borneo Medical Centre (BMC) di sini, hari ini.

Menurutnya, sejak ditubuhkan MCCIS membantu dalam proses pemasangan lima implan koklea bilateral dan satu implan batang otak pendengaran untuk kanak-kanak di Miri dengan kos melebihi setengah juta ringgit.

“Antara pencapaian besar MCCIS ialah mempromosikan dan menjalankan program saringan pendengaran bayi baru lahir secara universal.

“Pada 2019, Limbang menjadi daerah pertama di Sarawak yang menerima peralatan saringan ini yang membolehkan 350 bayi disaring dalam setahun untuk mengesan sebarang kecacatan pendengaran kongenital pada peringkat awal,” ujarnya.

Sementara itu, pembedahan Rhea dijadualkan berlangsung pada 22 Disember di Borneo Medical Centre (BMC) Miri, dengan sokongan penuh di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Pakar Bedah Telinga, Hidung, dan Tekak (ENT), Dr. Tang Ing Ping akan mengetuai pembedahan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan