Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Masalah teknikal pada keempat-empat unit di Empangan Bakun dikenal pasti sebagai punca utama gangguan bekalan elektrik yang meluas di beberapa bandar utama di Sarawak termasuk Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri. Foto hiasan Envato

Masalah di Empangan Bakun punca gangguan elektrik

ByMuqri Aziz

SEBUYAU, 21 Dis: Masalah teknikal pada keempat-empat unit di Empangan Bakun dikenal pasti sebagai punca utama gangguan bekalan elektrik yang meluas di beberapa bandar utama di Sarawak termasuk Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Sarawak Energy Berhad (SEB) kini sedang menyiasat punca sebenar masalah itu sambil memastikan bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat.

“Melalui laporan Ketua Pegawai Operasi SEB James Ung, saya dimaklumkan mereka sedang berusaha membaik pulih bekalan elektrik.

“Pada masa sama, mereka meneliti punca sebenar gangguan ini, dan kami menunggu penjelasan lanjut daripada SEB,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau hari ini.

Julaihi turut menjelaskan bahawa gangguan bekalan elektrik itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk terutama dengan laporan meluas di media sosial mengenai keadaan gelap di beberapa kawasan.

Menerusi hantaran terkini di Facebook, SEB mengesahkan bahawa semua kawasan yang terjejas kini telah berjaya dipulihkan sepenuhnya setakat jam 3 petang tadi.

Namun, pengguna yang masih menghadapi gangguan elektrik disarankan untuk melaporkan masalah melalui talian 1-300-88-3111 atau menggunakan aplikasi SEB Cares. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan