Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa yangmasih berada dalam kenderaan terbabit. Foto BPP Selangau

Lima cedera kenderaan terbabas dalam parit

SIBU, 21 Dis: Lima individu mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas ke dalam parit di tepi jalan di Selangau, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 9.08 pagi.

Menurutnya, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 29 kilometer dari balai.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Toyota terbabas ke dalam parit tepi jalan.

“Ia merupakan kemalangan membabitkan satu kenderaan sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, empat mangsa diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Operasi hanya melibatkan usaha mengeluarkan seorang mangsa daripada kenderaan berkenaan,” ujarnya.

Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Klinik Kesihatan Selangau untuk tindakan lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan