Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap. Foto Bernama

Kebakaran di dewan Parlimen Korea Selatan, hampir 500 orang dipindahkan

ByBernama

SEOUL, 21 Dis: Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap.

Kebakaran dilaporkan berlaku pada 11.52 pagi waktu tempatan di dewan resepsi kompleks Parlimen di Yeouido, yang turut menempatkan bilik media dan dewan perkahwinan.

Sekitar 480 orang termasuk wartawan dan tetamu majlis perkahwinan dipindahkan, menurut bomba.

Daripada jumlah itu, enam orang menerima rawatan kerana terhidu asap, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.

Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar 1 tengah hari dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan