Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain JDT, Bergson Gustavo Silveira Da Silva (tengah) melakukan percubaan sambil diasak oleh pemain Kuala Lumpur City Fc, Muhammad Anwar Ibrahim (kiri), pada aksi timbal balik suku akhir ke-2 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Foto Bernama

JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia

ByBernama

ISKANDAR PUTERI, 21 Dis: Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan tugas sukar untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 6-1 setelah menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 4-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sini, hari ini.

Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatat gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Arif Aiman Mohd Hanapi selepas Nabil Hakim Bokhari menjatuhkannya.

Skuad Harimau Selatan menggandakan jaringan pada masa kecederaan babak pertama selepas penyerang Bergson da Silva tangkas menyambar hantaran Oscar Arribas dari sebelah kanan padang sebelum menjaringkan gol bagi kedudukan 2-0.

Babak kedua pula menyaksikan KL City FC sekali lagi dihukum penalti selepas S. Sharvin menjatuhkan Arribas di dalam kotak penalti dan gol ketiga JDT itu disempurnakan oleh Bergson pada minit ke-56.

Harimau Selatan terus menambah derita pasukan Miroslav Kuljanac apabila rembatan luar kotak Juan Muniz Gallego merobek gawang pada minit ke-62.

Penyerang KL City FC, Suhaimi Abu, yang tidak dikawal hampir mencatat jaringan pada minit ke-82, namun tandukannya di dalam kotak penalti tersasar dari gawang.

Percubaan dalam kotak penalti oleh Heberty Fernandes De Andrade tujuh minit kemudian turut tersasar daripada gawang untuk menjaringkan gol kelima buat JDT.

Keputusan kekal 4-0 sehingga tiupan wisel penamat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan