Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pejabat Imigresen Bahagian (PIB) Limbang dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (JKM) Limbang telah menganjurkan Misi Kemanusiaan Penghantaran Bantuan Makanan ke lokasi-lokasi yang terkesan akibat banjir di Bahagian Limbang. Foto Jabatan Imigresen

Imigresen Limbang, JKM hantar bantuan makanan ke lokasi terkesan akibat banjir

LIMBANG, 21Dis: Pejabat Imigresen Bahagian (PIB) Limbang dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (JKM) Limbang telah menganjurkan Misi Kemanusiaan Penghantaran Bantuan Makanan ke lokasi-lokasi yang terkesan akibat banjir baru-baru ini di Bahagian Limbang.

Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak dalam kenyataan berkata, program yang bermula pada awal pagi tersebut melibatkan pengagihan bantuan berupa makanan kering dan beras ke tiga buah kampung iaitu Kampung Ranggu, Kampung Pengkalan Jawa dan Kampung Kuala Awang.

“Program di bawah seliaan JKM Limbang tersebut disempurnakan dengan sokongan dan penyertaan daripada sembilan pegawai pelbagai pangkat dan gred daripada PIB Limbang dan JKM Limbang.

“Penganjuran program sedemikian di Limbang diharapkan dapat membantu meringankan beban penduduk-penduduk yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini,” kata kenyataan itu.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found