Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan. Foto Envato

Dua lelaki ditangkap layari laman web, simpan video pornografi kanak-kanak

KUCHING, 21 Dis: Polis telah memberkas dua suspek lelaki kerana dipercayai melayari laman web dan menyimpan video pornografi kanak-kanak di telefon bimbit, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata.

Beliau berkata, pada sekitar bulan April dan bulan November 2024 pihak polis kontinjen Sarawak telah menerima maklumat berhubung kejadian yang berlaku di daerah Bintulu dan Miri.

“Kedua-dua suspek tersebut telah ditangkap di daerah Bintulu dan Miri bagi dua kes yang berasingan kerana pihak polis mendapati mereka ada melayari laman web dan menyimpan video pornografi kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak iaitu kesalahan mengakses dan sebagainya, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak 2017.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melayari, mengakses laman web serta tidak menyimpan video pornografi dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak kerana perbuatan itu adalah satu kesalahan yang boleh disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Katanya, orang ramai juga diminta untuk memberi maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat maklumat seperti ini, untuk siasatan lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan