Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Serian- Balai Ringin. Foto JBPM

Dua cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Serian – Balai Ringin

SERIAN, 21 Dis: Dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Serian – Balai Ringin di sini, petang semalam.

Komander Operasi, Dobbin Dindot berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.58 petang dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Saga dan Honda HRV. Terdapat lima orang mangsa dalam Honda HRV.

“Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan keluar sendiri dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak mengeluarkan dua orang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan Proton Saga dengan menggunakan peralatan khas rescue tool.

“Kedua-dua mangsa lelaki berusia 35 tahun dan wanita berusia 23 tahun kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan selanjutnya.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan sisa-sisa kemalangan telah di bersihkan, jentera bersama anggota bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan