Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hampir 55,000 rakyat Amerika yang bekerja dalam sektor awam akan mendapat pelepasan hutang pelajar yang keseluruhannya bernilai US$4.28 bilion. Foto: AFP

Biden lupuskan hutang pelajar hampir 55,000 rakyat AS bernilai US$4.28 bilion

ByBernama

WASHINGTON, 20 Dis: Hampir 55,000 rakyat Amerika yang bekerja dalam sektor awam akan mendapat pelepasan hutang pelajar yang keseluruhannya bernilai US$4.28 bilion, umum Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat, lapor United Press International (UPI).

“Petugas awam yang diluluskan untuk pelepasan hutang hari ini termasuk guru, jururawat, anggota perkhidmatan, pegawai penguatkuasaan undang-undang, dan pekerja sektor awam lain yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk berbakti kepada masyarakat dan kini akhirnya menerima kelegaan yang menjadi hak mereka di bawah undang-undang,” kata Biden dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih pada Jumaat.

Pentadbiran Biden kini telah menghapuskan hutang pinjaman pelajar persekutuan untuk hampir lima juta orang, dengan pengumuman pada Jumaat secara rasmi melibatkan 54,900 individu, menurut Jabatan Pendidikan AS.

Biden menjadikan pelepasan hutang pinjaman pelajar persekutuan sebagai satu daripada keutamaan semasa menjadi presiden. Satu daripada aspek utama usaha itu termasuk memperbaiki program Pelepasan Hutang Pinjaman Perkhidmatan Awam (PSLF) yang diwujudkan pada 2007 oleh Presiden George W. Bush.

Pada Ogos lepas, Mahkamah Agung AS menghalang usaha Biden untuk meluluskan undang-undang yang akan membatalkan atau menghapuskan hutang pinjaman pelajar untuk berjuta-juta peminjam Amerika.

Pentadbiran Biden kemudian mengalih perhatian kepada pelepasan hutang pinjaman pelajar yang lebih tertumpu kepada kumpulan kecil individu.

“Dengan kelulusan tambahan US$4.28 bilion untuk pelepasan hutang hampir 55,000 petugas awam, pentadbiran telah memastikan pelepasan hutang pelajar yang mengubah kehidupan bernilai hampir US$180 bilion untuk hampir lima juta peminjam,” kata Setiausaha Pendidikan AS Miguel Cardona dalam kenyataan agensi itu pada Jumaat.

Pada Oktober lepas, Rumah Putih meluluskan US$4.5 bilion untuk 60,000 peminjam sektor awam dalam pusingan terbaharu pelepasan hutang.

Kemudian pada bulan yang sama, Jabatan Pendidikan menyatakan bahawa peraturan baharu yang dikuatkuasakan pada Februari akan membolehkan pelepasan hutang pelajar untuk kira-kira lapan juta rakyat Amerika yang bekerja dalam sektor awam.

“Sepanjang empat tahun lepas, kami telah mencapai kemajuan ketara untuk pelajar dan peminjam – termasuk memperoleh peningkatan terbesar untuk anugerah Pell Grant  maksimum dalam lebih sedekad,   memastikan institusi bertanggungjawab kerana mengambil kesempatan terhadap pelajar dan memperbaiki program pinjaman pelajar yang bermasalah seperti Pelepasan Hutang Pinjaman Perkhidmatan Awam dan Pembayaran Berasaskan Pendapatan,” kata Biden dalam kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan