Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto AFP

2 maut, 60 cedera kereta rempuh pasar Krismas di Jerman

ByBernama

BERLIN, 21 Dis: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 60 lagi cedera apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di sebuah pasar Krismas di bandar Magdeburg, Jerman pada petang Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Perdana Menteri Saxony-Anhalt, Reiner Haseloff, mengesahkan bahawa mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak.

Beliau turut memberi amaran bahawa jumlah korban mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa lain mengalami kecederaan parah.

Menurut penyiar tempatan MDR, hampir 70 mangsa telah dimasukkan ke hospital, termasuk 15 yang berada dalam keadaan kritikal.

Insiden berlaku sekitar 7.04 malam waktu tempatan (6.04 petang GMT) di pasar Krismas popular yang terletak di pusat bandar Magdeburg.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah kereta berwarna gelap memecut ke arah orang ramai, menyebabkan kekecohan dan panik dalam kalangan pengunjung.

Haseloff mengesahkan bahawa pemandu kereta itu ditangkap sejurus selepas kejadian.

“Kami telah menahan suspek. Dia merupakan seorang doktor dari Arab Saudi yang bekerja di Saxony-Anhalt dan menetap di Jerman sejak 2006,” katanya kepada pemberita.

Walaupun motif serangan belum didedahkan, siasatan awal menunjukkan tiada suspek lain yang terlibat dalam insiden ini.

Pihak berkuasa Jerman masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenai identiti suspek dan enggan memberikan sebarang komen sementara siasatan diteruskan.

Pasukan polis mengawal ketat kawasan pasar Krismas selepas serangan itu dan menutup lokasi kejadian untuk tujuan siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan