KUCHING, 20 Dis: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menyerahkan peruntukan Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM800,000 kepada empat projek pembangunan gereja di seluruh negeri.
Sebelum ini permohonan projek terbabit telah dimajukan oleh Tun Dr Wan Junaidi bagi membantu keperluan gereja-gereja tersebut.
Jumlah yang diberikan itu adalah sebahagian daripada peruntukan yang disalurkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada UNIFOR untuk tahun 2024.
Terdahulu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi pihak Kerajaan Sarawak dan pihak Unifor telah menyerahkan empat keping cek kelulusan bagi projek empat gereja kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak semasa kunjungan hormat kepda  Tun Dr Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak di pada Jumaat.
Antara gereja yang terlibat adalah Chapel Saint Michael, Kampung Paon, Lundu, Chapel Saint Matthew, Kampung Titika, Lundu, Gereja Saint Thomas, Kampung Sedaing, Lundu dan Saint Francis Church, Lundu.
Projek tersebut masing-masing memperuntukkan sejumlah RM200,000 mengikut keperluan seperti bina baru, baik pulih dan juga membeli kelengkapan gereja. -TVS