Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali bersama Timbalannya, Dr Fuziah Salleh pada Majlis Pengunguman Skim Harga Maksimum Perayaan Krismas 2024 dan Program Jualan Rahmah Madani Krismas di UTC Sentul. Foto Muhd Afiq (TVS)

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2024 bermula 23 hingga 27 Dis

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara bersempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Disember ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata tempoh pelaksanaan SHMMP selama lima hari itu melibatkan 14 jenis barangan bersandarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Jelas beliau, pelaksanaan skim tersebut adalah salah satu strategi bagi meringankan beban masyarakat, khususnya bagi yang menyambut Krismas.

“Barang-barang tersebut juga kita putuskan bersandarkan rundingan dengan rakan-rakan strategik kita melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan industri untuk membolehkan mencapai keputusan yang menang-menang untuk membantu rakyat dan peniaga,” katanya.

Armizan berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Pengunguman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2024 dan Jualan Rahmah Madani Krismas di UTC Sentul, di sini hari ini.

Jelas beliau, KPDN juga telah mengambil kira ketersediaan bekalan barangan agar skim tersebut dapat dilaksanakan dengan efektif.

Sementara itu, Armizan berkata beliau telah membentangkan nota bagi memaklumkan kepada Jemaah Menteri tentang pelaksanaan skim tersebut.

“Kita berharap supaya para peniaga tidak mengambil kesempatan, kita akan menguatkuasakan AKHAP dan memastikan pegawai penguat kuasa berada di lapangan untuk melihat pematuhan SHMMP,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 670 siri Program Jualan Rahmah Madani 2024 turut dilaksanakan di seluruh negara bersempena dengan perayaan Krismas.

Barang-barang yang akan dikawal harga adalah termasuk daging kambing biri-biri bertulang import, ayam tua hidup bagi di Sarawak sahaja, kubis bulat import, lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau dan bawang merah besar import.

Selain itu, bawang kuning besar, ubi kentang import China, babi hidup, kepak ayam, daging babi khususnya bahagian perut, daging dan lemak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan