Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan Presiden Terpilih Amerika Syarikat , Donald Trump. Foto fail AFP

Putin sedia untuk berbincang atau bertemu dengan Trump

ByBernama

MOSCOW, 20 Dis: Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan Presiden Terpilih Amerika Syarikat , Donald Trump, pada bila-bila masa dan bersetuju untuk bertemu dengannya, lapor agensi berita Rusia, TASS.atau bertemu

“Saya bersedia untuk ini (perbincangan), sudah tentu, pada bila-bila masa. Dan saya juga bersedia untuk mengadakan pertemuan, jika beliau menginginkannya,” kata Putin semasa sesi soal jawab Direct Line dan sidang media akhir tahun, ketika ditanya seorang wartawan Amerika mengenai kemungkinan pertemuan dengan Trump.

Bagaimanapun, Putin menjelaskan bahawa beliau tidak tahu bila pertemuan itu akan berlaku.

“Pertama sekali, saya tidak tahu bila kami akan bertemu. Ini kerana beliau tidak menyatakan apa-apa mengenainya. Saya tidak bercakap dengannya langsung selama lebih empat tahun,” katanya.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova berkata Moscow bersedia untuk mengadakan hubungan dengan Washington bagi menyelesaikan krisis Ukraine, tetapi belum menerima sebarang cadangan serius daripada pasukan Trump.

Menurut diplomat itu, kementerian berkenaan baru-baru ini kerap menerima banyak soalan mengenai kesediaan Rusia untuk menghubungi Trump dan pasukannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan