Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesta Telaga Air yang mula dilangsungkan hari ini bakal menarik perhatian ramai dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik

Pesta Telaga Air tampilkan pelbagai acara menarik

KUCHING, 20 Dis: Pesta Telaga Air yang mula dilangsungkan hari ini bakal menarik perhatian ramai dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Kampung Telaga Air dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP), serta mendapat sokongan padu daripada pejabat Pusat Khidmat DUN Pantai Damai dan Pusat Khidmat Masyarakat Santubong.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pesta Telaga Air 2024 Sebeki Jen berkata, selain mengggalak dan mengekal semangat kerjasama penduduk, pesta itu bertujuan merapatkan silaturahim selain memahami peranan MPP dengan warga di bawah pentadbirannya.

“Selain JKKK, PPD Telaga Air dan MPP, program ini juga melibatkan beberapa persatuan di Kampung Telaga Air bagi acara yang diadakan setiap hujung tahun ini.

“Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang pesta ini berlangsung mulai Jumaat hingga Ahad.

“Acara bermula pada hari ini dengan Pertandingan Kios Berhias manakala pada sebelah malam diadakan Forum Perdana Ehwal Islam di pentas utama Kampung Telaga Air yang bermula selepas solat fardhu Isyak,” katanya.

Menurutnya, Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk Keharmonian Hidup Bermasyarakat bakal menampilkan dua ahli panel yang berpengalaman iaitu mantan Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad dan Pengurus Sektor Dakwah Hikmah Ustaz Sarbini Dahlan.

Forum tersebut dikendalikan oleh Pengerusi Sahabat Amal Care Sarawak Ustaz Wan Lukmanhakim Wan Sajali selaku moderator.

“Oleh itu, kita menjemput semua penduduk Kampung Telaga Air dan sekitarnya hadir untuk mendengar ceramah dan menimba ilmu dalam forum perdana hal ehwal Islam yang dikekolakan oleh Masjid Darul Solihin Kampung Telaga Air,” ujarnya.

Antara acara lain turut diadakan termasuk pertandingan memancing, petanque, karaoke, gendang Melayu Sarawak – bertandak, pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa, poco-poco kreatif, pentarama Jabatan Penerangan Malaysia, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak dan e-sukan.

Acara diadakan di Tebingan dan Esplanade Kampung Telaga Air dan dijangka dirasmikan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Kampung Telaga Air popular dengan gerai makanan yang menyajikan pelbagai masakan makanan tempatan seperti gulai ikan segar, ikan segar bakar, kuih-muih tradisional dan buah-buahan dan minuman jus beraneka jenis.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan