Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol.

Penyiasat Korea Selatan panggil Yoon untuk soal siasat pada Hari Krismas

ByBernama

SEOUL, 20 Dis: Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol telah dipanggil untuk disoal siasat pada Rabu depan yang jatuh pada Hari Krismas, berhubung dakwaan penglibatannya dalam pelaksanaan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.

Menurut agensi berita Yonhap, pasukan penguatkuasaan undang-undang bersama yang menyiasat kes itu mengesahkan pada Jumaat bahawa Yoon telah diminta untuk hadir di Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) di Gwacheon, selatan Seoul pada 10 pagi.

Ini merupakan perintah kedua dikeluarkan terhadap Yoon selepas beliau enggan bekerjasama dengan permintaan awal minggu ini.

Keputusan untuk menjadualkan sesi soal siasat pada hari kelepasan am dipercayai mengambil kira isu keselamatan.

CIO menyatakan bahawa notis panggilan telah dihantar melalui surat dan secara elektronik ke kediaman Yoon dan pejabat presiden di Yongsan.

Tidak seperti percubaan pertama, pegawai memilih untuk tidak menghantar sendiri dokumen itu berikutan keengganan pejabat presiden menerima dokumen berkenaan.

Siasatan tertumpu pada peranan Yoon dalam pengisytiharan undang-undang tentera pada 3 Disember, yang dibatalkannya berikutan undian di Parlimen yang membatalkan perintah itu.

Pasukan penyiasat sedang mempertimbangkan tuduhan pemberontakan dan salah guna kuasa.

Jika Yoon terus mengabaikan perintah hadir tanpa alasan yang sah, CIO mungkin akan memohon waran mahkamah untuk menahan beliau sehingga 48 jam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan