Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua maut selepas lori kargo merempuh bahagian belakang lori trailer yang di parkir ditepi jalan di Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri awal pagi tadi. Foto JBPM

Pemandu, kelindan maut rempuh treler diparkir tepi jalan

MIRI, 20 Dis: Dua maut selepas lori kargo merempuh bahagian belakang treler yang di parkir di tepi jalan di Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu mangsa yang maut merupakan pemandu lori kargo, Bonaventure Jimmat,31, dan kelindan, Keeshen Marks Donald Bujang Nasil,26.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.37 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa lelaki tersepit pada bahagian hadapan lori kargo tersebut.

“Anggota bomba menggunakan peralatan Road Traffic Accident (RTA) bagi menggeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah mangsa berjaya dikeluarkan kedua -dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan sisa-sisa kemalangan dibersihkan pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan