Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Razi Sitam (tengah) merakam kenangan bersama pengurus-pengurus pasukan kontinjen Para SUKMA Sarawak XXI 2024 selepas menyampaikan cenderamata, malam ini. Foto Regina Lee (TVS)

Para SUKMA 2026: Pencarian atlet baharu bermula Februari tahun depan

ByRegina Lee

KUCHING, 20 Dis: Sarawak akan memulakan pencarian bakat baharu bagi memastikan kesinambungan kejayaan kontinjen wilayah ini pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di Selangor 2026 kelak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, usaha ini dijangka bermula seawal Februari tahun depan dengan tumpuan kepada membentuk pelapis yang mampu mengekalkan kejuaraan Sarawak untuk kali ke-15.

“Dalam memantapkan serta mempertingkatkan lagi prestasi kontinjen Para Sarawak bagi menghadapi temasya Para SUKMA ke-22 di Selangor 2026, kita akan mempersiapkan atlet lebih awal dengan memberi pendedahan dan latihan yang bersesuaian dalam misi menjadi juara kali ke-15,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Kontinjen Para SUKMA XXI Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching, malam ini.

Terdahulu, pada temasya yang berlangsung September lalu, kontinjen Sarawak berjaya meraih 82 pingat emas, 53 pingat perak, dan 74 pingat gangsa, menyaksikan jumlah keseluruhan 209 pingat serta mengekalkan kejuaraan buat kali ke-14 berturut-turut.

Menurut Mohammad Razi, temasya kali ini juga menjadi penanda aras dalam penganjuran sukan para di Malaysia.

Beliau dalam pada itu memuji perancangan rapi Kerajaan Sarawak yang menjadikan temasya berkenaan sebagai yang terbaik dalam sejarahnya.

“Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 mampu menjadi pemangkin dalam membangunkan sukan negara, dan dalam penganjuran kali ini, Kerajaan Sarawak telah membuat perancangan yang teliti dan menjadikan temasya Para SUKMA tahun ini yang terbaik berbanding sebelumnya.

“Tahniah juga kepada atlet-atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan dalam acara masing-masing semasa temasya berlangsung, dan ini membuktikan bahawa semangat juang yang tinggi di kalangan atlet untuk melangkau cabaran yang dihadapi khususnya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU),” katanya lagi.

Dalam majlis sama, penghargaan turut diberikan kepada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan bersara seterusnya menghargai sumbangan mereka sepanjang berkhidmat.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), Semawi Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sarawak, Lamat Nyalau dan dif-dif kenamaan lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan