Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ribuan botol minuman keras dimusnahkan Pejabat Kastam Wilayah Jakarta. Foto David Andreas (TVS)

Minuman keras bernilai RM 11.5 juta dirampas di Jakarta

JAKARTA, 20 Dis: Sebanyak 4,742 botol minuman keras pelbagai jenama bernilai RM11.5 juta diseludup masuk dari China dirampas susulan gagal menunjukkan sijil kebenaran import di sini.

Menurut Ketua Kastam Jakarta, Rusman Hadi, kesemua minuman keras itu didapati gagal mengemukakan dokumen berkaitan kelulusan pengimportan.

“Kami merampas kesemua minuman keras itu dalam serbuan dan mendapati tidak membayar cukai, malah ada diantaranya yang menggunakan pita cukai palsu sehingga kami akan memusnahkannya,” katanya.

Beliau turut mengesahkan berdasarkan siasatan awal, minuman keras itu akan diedarkan semasa sambutan Tahun Baharu di wilayah Jakarta dan Bali.

Dalam tempoh Januari hingga Disember 2024, Pejabat Kastam Wilayah Jakarta telah berjaya mengambil tindakan terhadap 66,540 liter minuman keras bernilai hampir RM39 juta daripada 10 suspek yang telah menjalani hukuman setakat ini.

Semua minuman keras itu kemudiannya dimusnahkan untuk melindungi negara daripada kerugian dan menguatkuasakan undang-undang penyeludupan barangan haram. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan