Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat ahli akademik Turkiye, Orhan Ekren yang dilaporkan hilang pada akhir November ditemukan di Terusan Regent di London, menurut keluarganya pada Khamis. Foto hiasan Envato

Mayat ahli akademik Turkiye yang hilang ditemukan di terusan London

ByBernama

LONDON, 20 Dis: Mayat ahli akademik Turkiye, Orhan Ekren yang dilaporkan hilang pada akhir November ditemukan di Terusan Regent di London, menurut keluarganya pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA).

Mayat Ekren, 48, ditemukan pada 15 Disember berhampiran lokasi isyarat terakhir yang diterima melalui aplikasi mudah alih yang digunakan keluarganya untuk menjejaki lokasi masing-masing, menurut isterinya, Banu Ekren.

Mayat lelaki itu dikeluarkan daripada lokasi kejadian berhampiran Zoo London kira-kira 1000GMT selepas polis dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan.

Banu Ekren berkata Polis Metropolitan menghantar gambar kepada keluarga untuk tujuan pengecaman, yang selesai pada 17 Disember.

Beliau menambah bedah siasat sedang dijalankan dan pengebumian akan diadakan di bandar Aegean, Izmir, Turkiye selepas jenazah suaminya dibawa pulang.

Orhan Ekren, yang tinggal di Milton Keynes dan berasal dari Turkiye, kali terakhir dilihat pada 26 November berhampiran Pasar Camden, berdekatan Camden Lock.

Polis Metropolitan mempergiatkan usaha pencarian selepas beg galas miliknya ditemukan berhampiran terusan sehari selepas beliau dilaporkan hilang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan