Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jemaah Menteri pada 13 Disember bersetuju untuk menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370. Foto Amir (TVS)

Malaysia terima tawaran Ocean Infinity teruskan pencarian MH370

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Jemaah Menteri pada 13 Disember bersetuju untuk menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata operasi pencarian itu akan dilaksanakan di satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di Lautan Hindi berdasarkan prinsip ‘No Find, No Fee’.

“Lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan Ocean Infinity adalah berdasarkan kepada maklumat serta analisis data terkini yang dibuat pakar dan penyelidik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Anthony berkata cadangan operasi pencarian itu kukuh dan wajar diteliti oleh Kerajaan Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat MH370.

Jelas beliau, Kementerian Pengangkutan kini sedang berunding dengan syarikat itu berkenaan terma dan syarat perjanjian dan dijangka akan dimuktamad awal tahun 2025.

“Mereka telah memaklumkan kepada kita biasanya di kawasan perairan tersebut masa yang sesuai adalah antara Januari hingga April, itu masa yang sesuai untuk mereka keluar ke kawasan perairan jadi kita cuba memuktamadkan perjanjian dengan segera,” katanya.

Anthony berkata keputusan prinsip tersebut adalah manifestasi komitmen kerajaan dalam memastikan operasi pencarian diteruskan dan memberikan penutup bagi keluarga waris penumpang pesawat MH370.

Mengulas lanjut, Anthony berkata Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada Ocean Infinity sekiranya tiada bangkai pesawat ditemui.

“Kos masih tetap sama iaitu 70 juta dolar Amerika sekiranya bangkai ditemui,” katanya.

Pesawat milik Malaysia Airlines bagi penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan