Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warganegara Indonesia dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Asian Bridge Tol Kuala Baram, Lutong, Miri, petang semalam. Foto JBPM

Lelaki Indonesia dibaham buaya ketika memancing

MIRI, 20 Dis: Seorang lelaki warganegara Indonesia dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Asian Bridge Tol Kuala Baram, Lutong di sini, petang semalam.

Komander Operasi, Henry Jugah berkata, pihakanya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.50 petang dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang dikenali sebagai Salim,49, dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing.

“Ketika kejadian, mangsa memakai baju singlet berwarna biru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba menjalankan operasi pencarian anggaran radius satu kilometer di sekitar kawasan kejadian dan mangsa masih belum dijumpai.

“Operasi ditangguh pada jam 6.30 petang memandangkan keadaan cuaca gelap dan operasi akan disambung pada hari ini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan