KUCHING, 20 Dis: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) sentiasa komited dalam usaha melindungi hak dan mendidik pengguna melalui pelbagai inisiatif di seluruh negara.
Timbalan Presiden Dasar dan Strategik Antarabangsa Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Masrudi Abdul Rahman berkata, sepanjang 2024, sebanyak 73 program dan aktiviti dilaksanakan MTPN termasuk program kerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan, syarikat serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Menurutnya, ia termasuk mendengar keluhan pengguna yang disampaikan ke pelbagai peringkat pengurusan dan pentadbiran kerajaan terutamanya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
“Sebanyak 73 program dan aktiviti dilaksanakan MTPN sepanjang tahun 2024 ini termasuklah program kerjasama bersama kementerian dan agensi kerajaan, syarikat serta rakan NGO lainnya.
“Suara-suara pengguna juga telah disampaikan ke pelbagai peringkat pengurusan dan pentadbiran kerajaan terutamanya kepada kementerian berkaitan melalui perbincangan, mesyuarat, kunjungan hormat dan termasuklah sesi libat urus,” katanya.
Beliau berucap semasa Consumers Choice Award 24/25 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di Kuching pada Khamis.
Sehubungan itu menurutnya, MTPN berharap bantuan dan sokongan padu semua pihak di semua peringkat pengguna.-TVS