Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan sebanyak enam kali pada hari ke-23. Foto fail AFP

Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23

ByBernama

BEIRUT, 20 Dis: Tentera Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan sebanyak enam kali pada hari ke-23, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) pada Khamis.

Sejak gencatan senjata diumumkan pada 27 November, jumlah pelanggaran oleh Israel telah meningkat kepada 259 dengan 31 orang terbunuh dan 37 lagi cedera dalam insiden itu.

Menurut NNA, tentera Israel merobohkan rumah di bandar Kafr Kila di selatan Lubnan, menyebabkan gegaran dirasai di seluruh kawasan itu.

Sebuah dron tentera Israel dilihat terbang di atas bandar Tyre, manakala tentera Israel menyasarkan bandar Alma al-Shaab berhampiran sempadan itu.

Rumah di kawasan Tayr Harfa juga dibom, dan jentolak tentera Israel merobohkan kediaman di bandar Naqoura.

Data daripada Kementerian Kesihatan Lubnan menunjukkan bahawa sejak serangan Israel ke atas negara itu bermula pada 8 Oktober 2023, sekurang-kurangnya 4,061 orang telah terkorban, termasuk 1,106 wanita dan kanak-kanak serta 222 pekerja kesihatan, manakala 16,661 yang lain cedera.

Gencatan senjata yang rapuh berkuat kuasa sejak 27 November antara Israel dan Lubnan selepas beberapa bulan operasi ketenteraan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan