Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan khidmat anjing pengesan Daisy bagi membantu menjejaki seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghadapi masalah pendengaran dikhuatiri hilang di kebun di Kampung Rayang, Serian, hari ini.

Daisy digunakan cari lelaki OKU hilang

SERIAN, 20 Dis: Pasukan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan khidmat anjing pengesan Daisy bagi membantu menjejaki seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghadapi masalah pendengaran dikhuatiri hilang di kebun di Kampung Rayang di sini, hari ini.

Komander Operasi, Christopher Adrian Winces berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua disambung di kawasan lokasi mangsa dipercayai hilang dalam radius dua kilometer ke dalam hutan.

“Pasukan SAR dibahagi kepada tiga kumpulan dan kawasan untuk membuat pencarian bersama pasukan K9 dari JBPM Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.17 tengah hari semalam dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

Merujuk kepada laporan pihak polis mangsa Mark Rumbu,57, keluar ke kebun pada Selasa sekitar jam 2.30 petang.

Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Turut serta dalam operasi SAR itu ialah pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan penduduk kampung.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan