Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak Cawangan Kuching hari ini diraikan dalam Majlis Makan Tengahari Bufet Pra-Krismasdi Hotel Grand Continental Kuching.

Ahli Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak dirai sempena Pra Krismas

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 20 Dis: Berkongsi kegembiraan sempena sambutan Krismas yang bakal tiba, Hotel Grand Continental Kuching meraikan ahli Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak Cawangan Kuching di sini, hari ini.

Mereka dihimpunkan dalam Majlis Makan Tengahari Bufet Pra-Krismas yang juga salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hotel berkenaan.

“Acara itu berlangsung hari ini pada ketika tengah hari. Warga kerja hotel yang terdiri daripada ketua setiap jabatan turut hadir untuk membantu tetamu sepanjang majlis, memastikan setiap orang merasa selesa dan dilayan dengan baik,” menurut kenyataan berkenaan hari ini.

Kenyataan turut memaklumkan Pengurus Pentadbiran dan Perniagaan Hotel Grand Continental Kuching, Martina Kureng menzahirkan penghargaan kepada kesemua tetamu dan para peserta yang menjayakan majlis pada Jumaat.

Martina juga berharap majlis berkenaan bakal mencipta kenangan yang indah kepada para tetamu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan