Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Puluhan kenderaan terbakar susulan kemalangan itu yang berlaku di lebuh raya Jaipur-Ajmer, lapor media tempatan. Foto hiasan Envato

9 maut, lebih 40 cedera dalam nahas lori tangki gas di Rajasthan, India

ByBernama

NEW DELHI, 20 Dis: Sekurang-kurangnya 9 orang terbunuh dan lebih 40 cedera apabila sebuah lori tangki gas bertembung dengan kenderaan lain di negeri Rajasthan, barat laut India pada Jumaat.

Ramai mangsa yang dimasukkan ke hospital dengan kecederaan melecur kritikal.

Puluhan kenderaan terbakar susulan kemalangan itu yang berlaku di lebuh raya Jaipur-Ajmer, lapor media tempatan.

Ketua menteri Rajasthan Bhajan Lal Sharma melawat lokasi kemalangan di Bhankrota, berhampiran ibu negeri Jaipur, dan berinteraksi dengan pegawai tempatan dan mereka yang menyediakan perkhidmatan kecemasan.

Antara punca utama kemalangan jalan raya di India ialah sikap pemandu yang tidak berdisiplin, keadaan jalan raya, gangguan telefon bimbit dan pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Menurut data rasmi, negeri itu mencatatkan 24,705 kemalangan jalan raya pada 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan