Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja penyelamat dilihat di tapak bangunan runtuh selepas gempa bumi melanda Port Vila, ibu kota Vanuatu, pada 18 Disember 2024. Foto AFP

Vanuatu minta bantuan antarabangsa, hospital “melebihi kapasiti”

ByBernama

WELLINGTON, 19 Dis: Kemudahan hospital di Vanuatu “benar-benar melebihi kapasiti” apabila negara kepulauan Pasifik itu meminta bantuan antarabangsa selepas mengalami gempa bumi besar, lapor Xinhua.

“Saya telah melawat hospital utama Vila Central semasa saya berada di Vanuatu tahun lepas dan ia benar-benar berada dalam keadaan terlalu padat,” kata Michelle McCrystall, seorang saintis iklim di Universiti Auckland, pada Khamis.

Gempa bumi yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai “gegaran menegak frekuensi tinggi yang ganas” itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang terkorban dan lebih 200 cedera setakat ini selepas bangunan runtuh. Amaran tsunami awal telah ditarik balik.

“Kemudahan hospital di Vanuatu sudah kekurangan sumber dan peralatan perubatan yang baik dan mereka terpaksa bergantung pada peralatan terpakai untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara,” kata McCrystall, sambil menambah bahawa kematian dan kecederaan yang berlaku akan membebankan industri kesihatan yang sudah sedia kekurangan kakitangan dan memerlukan lebih ramai jururawat dan doktor untuk memberikan penjagaan kesihatan yang mencukupi serta peralatan perubatan yang lebih baik.

Penerbangan bantuan dari New Zealand tiba di Vanuatu pada Khamis ketika usaha mencari mangsa terus dilakukan dan ratusan yang cedera dirawat selepas gempa bumi bermagnitud 7.3. Gempa itu berlaku berhampiran ibu negara, Port Vila, kira-kira 30 kilometer (km) dari pusat gempa pada pukul 12.47 waktu tempatan, dengan kedalaman 43 km.

Ian de Terte, ahli psikologi klinikal di Universiti Massey, berkata gempa bumi di Vanuatu adalah tragedi bagi penduduknya yang mengalami beberapa bencana dalam dekad yang lalu.

Situasi di Vanuatu kekal membimbangkan selepas gempa bumi kuat melanda negara itu dan kerajaan meminta bantuan antarabangsa, kata seorang jurucakap PBB pada Rabu.

Pihak kemanusiaan PBB berkata keperluan segera termasuk bekalan perubatan dan pembaikan struktur perubatan, pasukan perubatan bergerak, pasukan mencari dan menyelamat dengan jentera berat untuk pembersihan, serta bekalan air minuman yang selamat.

Prof Behzad Fatahi dari Kejuruteraan Awam dan Gempa Bumi di Universiti Teknologi Sydney menggesa penduduk di Port Vila, serta negara berhampiran seperti New Caledonia, Fiji dan Kepulauan Solomon, untuk terus berwaspada terhadap gegaran susulan.

Beliau juga memberi amaran tentang bahaya sekunder, seperti liquefaksi atau tanah yang hilang kestabilannya dan tanah runtuh, terutamanya di kawasan tebing pantai dan bukit di sebelah barat Port Vila, yang ketidakstabilan tanah mungkin menjadi lebih teruk dengan gegaran susulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan