Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Akibat percaya dengan tawaran itu, mangsa bersetuju dan membuat pembayaran berjumlah RM95,180 ke dalam dua akaun bank yang diberikan oleh suspek Foto Envato

Serah barang kemas bernilai RM16,857 selepas ditipu

KEPALA BATAS, 19 Dis: Seorang suri rumah berputih mata selepas menyerahkan barang kemas miliknya yang dianggarkan bernilai RM16,857 kepada individu dipercayai scammer ketika bertemu di tepi jalan di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan C. Tharmalingam berkata, mangsa berusia 38 tahun sebelum itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu kononnya wakil daripada satu platform jualan dalam talian pada kira-kira pukul 9 pagi.

Menurutnya, suspek memaklumkan kepada wanita itu dia ada menjalankan perniagaan kosmestik di platform berkenaan tanpa mempunyai lesen.

“Panggilan itu seterusnya disambungkan kononnya kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang didakwa untuk semakan rekod jenayah.

“Mangsa kemudiannya diberitahu ada terlibat dalam kes pengedaran dadah dan penyeludupan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, individu yang tidak dikenali itu kemudiannya mengarahkan mangsa yang mula terpedaya untuk menyerahkan barang kemas miliknya kepada polis bagi tujuan siasatan lanjut.

“Pada hari sama kira-kira pukul 1.30 tengah hari, mangsa berjumpa dengan seorang individu di tepi jalan sebagaimana arahan awal dalam panggilan itu.

“Semasa perjumpaan tersebut, dia telah menyerahkan barang kemas miliknya dengan anggaran nilai RM16,857,” katanya lagi.

Menurut Tharmalingam, mangsa akhirnya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi semula individu yang berurusan dengannya sebelum tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan