Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang di negeri itu. Foto hiasan Envato

Selesema burung, California isytihar darurat

ByBernama

LOS ANGELES, 19 Dis: Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang di negeri itu, lapor Xinhua.

Menurut pejabat gabenor, pengisytiharan itu dibuat susulan pengesanan kes dalam lembu tenusu di ladang di California Selatan, “menunjukkan keperluan untuk meluaskan lagi pemantauan dan mengukuhkan pendekatan yang diselaraskan di seluruh negeri bagi membendung serta mengurangkan penularan virus.”

Setakat ini, tiada penularan selesema burung daripada manusia ke manusia dikesan di California dan hampir semua individu yang dijangkiti terdedah kepada lembu yang dijangkiti, menurut kenyataan media pejabat gabenor.

Pejabat itu menambah California telah mewujudkan sistem ujian dan pemantauan terbesar di negara itu bagi menangani wabak berkenaan.

Sehingga Rabu, virus H5N1 telah merebak ke lembu tenusu di 16 negeri, selepas pertama kali disahkan di Texas dan Kansas pada Mac 2024, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC)  Amerika Syarikat.

Terdapat 61 kes manusia yang dijangkiti virus H5N1 di seluruh negara sejak April, dengan CDC pada Rabu mengesahkan seorang pesakit di Louisiana dimasukkan ke hospital akibat kes “teruk” penyakit itu.

Selesema burung pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada burung liar di Carolina Selatan pada Januari 2022 dan di California pada Julai 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan