Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Sungai Bedaun yang dibuka awal pagi tadi telah ditutup pada jam 6.30 petang

PPS Kampung Sungai Bedaun ditutup, mangsa kembali ke rumah masing-masing

KUCHING, 19 Dis: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Sungai Bedaun yang dibuka awal pagi tadi telah ditutup pada jam 6.30 petang.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak dalam kenyataan berkata, kesemua 68 penduduk di kawasan Kampung Sungai Bedaun telah kembali ke rumah masing-masing.

“Terdahulu, PPS tersebut telah dibuka pada jam 1.35 pagi susulan terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan tersebut, hari ini,” menurut kenyataan tersebut.

Terdapat 14 keluarga daripada 12 buah rumah telah berjaya dipindahkan.

Kesemua 68 mangsa terdiri daripada lima bayi, 23 kanak-kanak, 33 golongan dewasa, tiga golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan empat warga emas berjaya dipindahkan.

Jumlah mangsa iaitu seramai 68 individu terdiri daripad 33 lelaki dan 35 wanita.

Kesemua mangsa telah mendapat agihan barangan keperluan sementara dan set tidur di PPS oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara kira-kira jam 9 pagi, pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melawat ke PPS terbabit bagi melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa banjir.–TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan