Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini. Foto Bernama

Polis Terengganu rampas 36 kg syabu

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 19 Dis: Polis menangkap seorang lelaki dan merampas 36 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM1.15 juta selepas menahan sebuah kereta Toyota Alphard di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT) Selasa lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata serbuan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu dengan bantuan Unit Peronda Lebuhraya LPT 2 Bukit Aman itu dibuat kira-kira 4 petang di Kilometer 268.8 dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang.

Beliau berkata penahanan terhadap suspek berumur 29 tahun dan berasal dari Besut itu dibuat hasil maklumat orang awam.

“Pemeriksaan pada kenderaan mewah terbabit telah menemukan 35 bungkusan plastik lutsinar tertulis ‘Guanyinwang’ yang disyaki dadah jenis syabu.

“Bekalan (dadah) itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan disyaki untuk edaran di Lembah Klang yang mampu menampung kegunaan untuk 180,000 orang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata susulan penahan itu, polis turut menyita wang di dalam akaun suspek berjumlah RM681,718.73 untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, ketika ini suspek yang tidak bekerja dan memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah direman selama tujuh hari bermula semalam.

“Siasatan lanjut mendapati suspek pernah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun serta tiga sebatan pada 2015,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan