Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden China Xi Jinping menggesa usaha dilipatgandakan untuk memperkasakan pembaharuan kawasan luar bandar dan meneruskan usaha ke arah membina negara kuat dalam bidang pertanian. Foto hiasan Envato

Perhebat usaha bina negara kuat dalam bidang pertanian – Xi

ByBernama

BEIJING, 19 Dis: Presiden China Xi Jinping menggesa usaha dilipatgandakan untuk memperkasakan pembaharuan kawasan luar bandar dan meneruskan usaha ke arah membina negara kuat dalam bidang pertanian.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) membuat kenyataan itu menerusi arahan kerja membabitkan pertanian, luar bandar dan masyarakat tani dalam persidangan kerja luar bandar pusat yang berlangsung di sini dari Selasa hingga Rabu.

Xi berkata adalah penting untuk menambah baik sistem sokongan bagi mengukuhkan pertanian, memberi manfaat kepada petani, memperkaya kawasan luar bandar dan memacu pembangunan luar bandar secara menyeluruh.

Menurut beliau, langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan pengeluaran serta bekalan bijirin dan hasil pertanian utama lain mencukupi selain mewujudkan lebih banyak saluran untuk membantu petani menjana pendapatan.

Xi mahu usaha bersepadu dilakukan untuk menggerakkan pelbagai inisiatif pembangunan luar bandar dan menjadikan kawasan berkenaan tempat yang indah dan harmoni untuk orang ramai tinggal dan bekerja.

Beliau menambah pembangunan pertanian dan luar bandar harus diletakkan sebagai keutamaan dalam usaha mempercepat proses pemodenan pertanian.

Xi pada masa sama mahu asas pertanian diperkukuh lagi, kawasan luar bandar menjadi semakin makmur dan masyarakat tani menjalani kehidupan yang lebih baik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan