Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Majlis Penyerahan Projek Pusat Keselamatan Makanan Negara (NCFS) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini, hari ini. Foto Amir (TVS)

NCFS ‘gatekeeper’ kepada keselamatan, kualiti makanan dalam negara

ByHafeezzur Muzamir

SEPANG, 19 Dis: Pusat Keselamatan Makanan Negara (NCFS) akan memainkan peranan sebagai ‘gatekeeper’ dengan menjadi penentu terhadap kawal selia keselamatan dan kualiti makanan dalam negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, NCFS akan menjadi badan bertanggungjawab dalam melakukan kajian forensik sekiranya timbul isu keracunan atau pertikaian terhadap keselamatan sesuatu makanan.

“Dalam rangka suasana globalisasi rantaian bekalan makanan yang datang daripada seantero dunia, adalah mustahak untuk NCFS menjadi ‘gatekeeper’ dengan memainkan peranan menentukan bahawa apa yang dibekalkan kepada rakyat kita selamat dan berkualiti.

“Menjadi tugas NCFS untuk menentukan keselamatan makanan dengan memastikan ia bebas daripada segala ancaman mikroorganisma dan ancaman dalam bentuk cecair yang boleh membawa kepada penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Projek Pusat Keselamatan Makanan Negara (NCFS) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, menjawab soalan pemberita sama ada wujud perancangan untuk menaik taraf NCFS kepada jabatan atau agensi, Dr Dzulkefly berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk melakukannya, namun bukan dalam tempoh terdekat.

“Buat masa ini, tiada keperluan melakukannya kerana NCFS telah dijadikan (berperanan) sebagai pusat kecemerlangan (COE) dalam mengendalikan keselamatan makanan bermula daripada ladang sehingga makanan itu diedarkan,” katanya.

NCFS yang mula dibina pada 2018 siap tahun ini setelah mengalami kelewatan selama tiga tahun daripada jadual asal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan