Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Myanmar janji adakan pilihan raya pada 2025 semasa konsultasi enam negara. Foto fail AFP

Myanmar janji adakan pilihan raya pada 2025 semasa konsultasi enam negara

ByBernama

BANGKOK, 19 Dis: Menteri Luar Myanmar memaklumkan mesyuarat konsultasi tidak rasmi enam negara bahawa negara itu sedang membuat persiapan untuk mengadakan pilihan raya pada tahun depan, menurut jurucakap Kementerian Luar Thailand, Nikorndej Balankura.

Thailand menjadi tuan rumah mesyuarat konsultasi tidak rasmi itu pada Khamis, yang turut dihadiri wakil dari Myanmar, Thailand, China, India, Bangladesh, dan Laos untuk membincangkan krisis berterusan di Myanmar.

Nikorndej berkata Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa yang mengetuai perbincangan, menekankan kepentingan mesyuarat itu, yang merupakan kali pertama Myanmar dan kelima-lima negara jirannya berkumpul untuk dialog sedemikian.

“Menteri Luar Myanmar memaklumkan mesyuarat mengenai hala tuju politik negara itu dan perkembangan berkaitan persiapan untuk pilihan raya tahun depan,” kata Nikorndej pada sidang media di sini, pada Khamis.

Mesyuarat itu turut membincangkan isu-isu sempadan yang unik kepada setiap jiran Myanmar, termasuk dadah, penyeludupan, perdagangan senjata, pemerdagangan manusia, dan penipuan dalam talian.

“Semua negara jiran berkongsi kepentingan bersama untuk melihat Myanmar yang aman, stabil, dan bersatu. Mereka bersetuju bahawa semua pihak di Myanmar mesti menghentikan keganasan dan beralih kepada dialog untuk mencapai penyelesaian secara aman,” katanya.

Sebagai respons, Menteri Luar Myanmar berkata negaranya terbuka kepada dialog politik.

“Mesyuarat berlangsung kira-kira dua jam dan mencerminkan keikhlasan serta komitmen tegas semua peserta untuk meningkatkan usaha menangani kebimbangan bersama,” kata Nikorndej.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Penasihat Hal Ehwal Luar Kerajaan Sementara Bangladesh Md Touhid Hossain, Naib Menteri Luar China Sun Weidong, Setiausaha Luar India Vikram Misri, Menteri Luar Laos Thongsavanh Phomvihane dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Myanmar U Than Swe. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan