Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mengetuai delegasi Sarawak melawat Mufti Mesir Profesor Dr Nazir Ayad

Mesir puji keharmonian rakyat Sarawak

ByMahathir Haroun

KAHERAH, 19 Dis: Mufti Mesir Profesor Dr Nazir Ayad memuji keharmonian yang diamalkan umat Islam di Malaysia terutama Sarawak sekali gus memupuk kerjasama erat melibatkan agama dan etnik.

Beliau berkata, ia sebenarnya mencerminkan nilai Islam sebanar dan berharap negara lain dapat mencontohi Malaysia dalam aspek perdamaian dan keharmonian.

Menurutnya, keutamaan Kerajaan Mesir adalah terhadap Darul Iftar Mesir terutama melibatkan isu berkaitan institusi keluarga dan usaha mengekalkan kestabilannya.

“Kita berusaha menangani pemikiran ekstremis, bagi menangani pemikiran ini, kita perlu menghadapi dengan pemikiran kukuh dan hujah tepat.

“Pada masa sama, adalah penting untuk menyediakan ruang pemulihan pemikiran bagi membawa golongan tertentu kepada ajaran Islam yang benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima lawatan delegasi Sarawak diketuai Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Nazir menjelaskan, Darul Ifta berperanan memanfaatkan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan perkhidmatan fatwa dan memperluaskan capaian manfaatkan kepada masyarakat Islam.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman berterima kasih kepada Nazir yang memberi layanan terbaik kepada delegasi Sarawak yang diketuainya.

“Darul Iftar berperanan dalam menangani isu berkaitan Islam di peringkat antarabangsa.

“Kita berharap dapat mengukuhkan kerjasama dengan Darul Iftar Mesir terutama dalam bidang latihan fatwa dan memanfaatkan kepakaran Mesir dalam membangunkan sistem fatwa,” ujarnya.

Menurutnya, umat Islam di Malaysia terutama Sarawak menjadi contoh terbaik kepada kehidupan harmoni kerana mempunyai masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama secara aman.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Mual Suaud.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan