Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya(OKU) yang menghadapi masalah pendengaran dikhuatiri hilang di kebun di Kampung Rayang, Serian. Foto JBPM

Lelaki OKU hadapi masalah pendengaran dikhuatiri hilang di kebun

SERIAN, 19 Dis: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menghadapi masalah pendengaran dikhuatiri hilang di kebun di Kampung Rayang di sini sejak Selasa.

Komander Operasi, Kam Liman berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.17 tengah hari tadi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

“Merujuk kepada laporan pihak polis mangsa Mark Rumbu,57, keluar ke kebun pada Selasa sekitar jam 2.30 petang.

“Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, penduduk kampung telah melakukan pencarian awal di sekitar kawasan kampung namun tidak dijumpai.

“Pada jam 2.30 petang pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan pencarian dengan berjalan lebih kurang dua kilometer ke lokasi mangsa dilaporkan hilang dari dewan Kampung Rayang.

“Selain pihak bomba SAR turut membabitkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan