ASAJAYA, 19 Dis: Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya di Kampung Sampun Tebun di sini, petang tadi.
Komander Operasi, Nor Aini Usop berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.42 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya ke lokasi kejadian.
“Jasad mangsa, Gindek Julau, 41, masih berada di dalam Sungai Sampun.
“Jasad tersebut dijumpai oleh abang kandungnya sendiri pada jam 4.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – TVS