Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi suspek lelaki berusia 40-an yang juga anggota penguatkuasa bagi memperoleh perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Foto TVS

Koperal direman minta habuan RM80,000

GEORGE TOWN, 19 Dis: Seorang anggota polis berpangkat koperal direman lima hari bermula Khamis hingga 23 Disember ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah melibatkan wang berjumlah RM80,000.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri di Mahkamah Majistret Jenayah 2 pada hari ini selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kerana dipercayai meminta wang rasuah kira-kira RM80,000 daripada seorang wanita yang kononnya bagi membantu membebaskan suaminya yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Menurut sumber itu, suspek disyaki telah menghubungi wanita berkenaan pada 30 November lalu susulan daripada tangkapan itu.

“Menerusi perbualan melalui telefon, suspek telah meminta wang kira-kira RM80,000 daripada wanita berkenaan sebagai balasan bagi mengubah keterangan untuk membantu suaminya dilepaskan daripada tahanan SOSMA.

“Suspek meminta wang pendahuluan kira-kira RM25,000 daripada wanita berkenaan yang kemudian membuat beberapa pindahan wang menerusi sistem pembayaran e-wallet membabitkan nilai kira-kira RM3,000,” kata sumber tersebut.

Menurut sumber itu lagi, pada Isnin lalu, suspek sekali lagi telah menghubungi wanita berkenaan dan meminta wang kira-kira RM2,000 secara tunai.

“Susulan itu, wanita berkenaan kemudian menyerahkan wang kira-kira RM1,000 kepada suspek dalam pertemuan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua kira-kira pukul 2 petang semalam sebelum ditahan,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan