Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iraq mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan memulakan penghantaran pulang tentera Syria daripada rejim Assad yang digulingkan ke Syria. Foto hiasan Envato

Iraq akan hantar tentera Syria Rejim Assad pulang ke tanah air

ByBernama

ANKARA, 19 Dis: Iraq mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan memulakan penghantaran pulang tentera Syria daripada rejim Assad yang digulingkan ke Syria, lapor Agensi Anadolu (AA).

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Miqdad Miri berkata proses memulangkan tentera Syria ke negara asal mereka akan bermula lewat hari ini, lapor agensi berita negara INA.

“Proses itu akan dijalankan selepas penyelarasan dengan pihak berkuasa Syria, tambahnya.

Menurut laporan media, lebih 3,000 tentera Syria melarikan diri ke Iraq berikutan kejatuhan rejim Bashar Assad pada 8 Dis.

Assad yang memerintah Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas perang saudara selama 13 tahun dan beberapa dekad pemerintahan keluarganya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan